0

PEMANTAUAN PENSYARAH

Pemantauan pensyarah dari politeknik

0

SHOOTING

Hari kesebelas shooting turut dijalankan di sijangkan..saya ditugaskan untuk menulis babak yang akan dibuat pada hari ini dan membuat call time kepada artis serta menjaga konti..

0

SHOOTING

Hari kesepuluh shooting dijalankan juga di Sijangkang..saya ditugaskan untuk membuat call time kepada artis dan menulis babak yang akan dibuat pada hari ini serta menjaga konti..

0

SHOOTING

hari kesembilan shooting dijalankan di Sijangkang untuk babak rumah kampung Osman..disana saya ditugaskan untuk membuat call time kepada artis dan menulis babak yang akan dibuat pada hari ini serta menjaga konti..

0

SHOOTING

Hari kelapan shooting dijalankan di BUTIK RUMODA untuk babak di butik Sufiah..saya ditugaskan untuk menjadi extra sebagai pekerja di butik berkenaan selain itu saya juga ditugaskan untuk mebuat call time kepada artis dan menulis babak yang akan dibuat pada hari ini...

0

SHOOTING

Hari ketujuh shooting dijalankan di rumah penyelia untuk babak didalam rumah dan di dalam bilik Sufiah dan bilik Salbiah..saya ditugaskan untuk membuat call time kepada artis dan menulis babak yang akan dibuat pada hari ini serta menjaga buku konti...

0

SHOOTING

Hari keenam shooting dijalankan di FEROZ STUDIO untuk babak di hospital..saya ditugaskan untuk menulis babak yang akan dibuat dan menjaga konti serta membuat call time kepada artis..

0

SHOOTING

Hari kelima shooting dijalan di Cheras untuk mengambil babak diluar rumah..di sana saya ditugaskan untuk membuat call time kepada artis dan menjaga konti serta menulis babak yang akan dibuat pada hari ini...

0

SHOOTING

Hari keempat shooting juga dijalankan disekitar RTM..saya ditugaskan untuk membuat calltime kepada artis dan menulis babak yang akan dibuat pada hari ini agar memudahkan wardrobe dan pereka set bersedia untuk babak yang seterusnya...selain itu saya juga ditugaskan untuk menjaga konti...

0

SHOOTING

Hari ketiga shooting dijalankan di sekitar RTM angkasapuri..saya ditugaskan untuk menulis babak yang akan dibuat pada hari ini dan membuat call time kepada artis serta menjaga konti..

0

SHOOTING

Hari kedua juga kami menjalankan pengambaran di rumah penyelia...Saya ditugaskan untuk menulis babak yang akan dibuat pada hari ini dan membuat call time kepada artis serta menjaga konti..

0

SHOOTING

hari pertama mengikuti penggambaran dirumah penyelia iaitu di petaling jaya...saya ditugaskan untuk menulis scene yang akan dibuat pada hari ini serta membuat calltime kepada artis dan menjaga konti...

0

PHOTOSTAT SKRIP

Saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk membuat salinan skrip KDBS sebanyak 15 salinan untuk diagihkan kepada semua teknikal dan kru KDBS yang masih belum mendapatkan skrip..


0

MEMBUAT PEMBETULAN BREAKDOWN

Membuat pembetulan Breakdown bersama penyelia..kemuadian saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk membuat salinan breakdown sebanyak 15 salinan untuk diagihkan kepada kru KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH..


0

PEMBETULAN JADUAL PENGGAMBARAN

Saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk membuat pembetulan pada jadual penggambaran kerana jadual harus diubah mengikut hari yang membolehkan artis hadir..oleh itu, saya dan Farah Azrini bersama dengan pembantu pengarah mengubah semula jadual mengikut hari yang bersesuaian dengan artis..


0

SKRIP READING

perjumpaan bersama pelakon yang akan membintangi cerita KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH..pelakon akan membaca skrip untuk kali pertama dan akan membuat photoshoot bagi babak yang memerlukan gambar mereka..selain itu pihak sponsor juga turut hadir ke mesyuarat ini untuk memperkenalkan produk mereka..

0

MESYUARAT

mengikuti mesyuarat bersama kru KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH untuk membincangkan barang-barang yang diperlukan, tugasan setiap orang yang berada dilalam kumpulan dan mengagihkan breakdown dan jadual yang telah disediakan..

0

JAMUAN RAYA RTM

saya, Syahirah dan Farah Azrini ditugaskan untuk menghias gerai makan untuk UNIT DRAMA TV..selain itu kami juga ditugaskan untuk membantu menyediakan makanan..




0

MEMBUAT JADUAL PENGGAMBARAN

hari ini saya ditugaskan untuk membuat pembetulan jadual pengambaran "KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH" kerana jadual yang telah dibuat sebelum ini terdapat beberapa kesalahan lokasi..


0

MESYUARAT

menghadiri mensyuarat bulanan UNIT DRAMA kali ke-3 bersama pekerja unit drama..mesyuarat tersebut membincangkan telemovie yng bakal dikeluarkan dan yang telah ditayangkan..selain itu, turut membincangkan hal-hal yang berlaku di dalam UNIT DRAMA..


0

MENGHANTAR FAIL KE UNIT KEWANGAN

hari ini saya ditugaskan untuk menghantarkan fail pelbagai ke unit kewangan untuk cerita "MAKNA BENDERA" yang bertemakan kemerdekaan..

0

MEMBUAT JADUAL PENGAMBARAN

membuat jadual pengambaran untuk cerita "KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH" dengan mengagihkan babak mengikut lokasi bersama dengan pembantu pengarah..


0

PHOTOSTAT SKRIP

saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk membuat 5 salinan skrip "KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH" untuk diberikan kepada WARDROBE, PEREKA SET, MAKE UP, DIRECTOR DAN PHOTOGRAPHER..


0

MEMBACA SKRIP

Hari ini Kak Uji meminta kami sekali lagi untuk menolongnya membaca skrip beramai-ramai untuk menganalisis kesalahan tatabahasa di dalam skrip..saya ditugaskan untuk menaip ke dalam komputer manakala rakan-rakan yang lain ditugaskan untuk menganalisa kesalahan tatabahasa dan memberitahu kesalahan kepada saya untuk dibetulkan..


0

MAJLIS KENDURIAN

Hari ni tak payah membazir wang makan di kantin sebab hari ni ada majlis kendurian di IBC..selain dari durian terdapat pelbagai jenis makanan di sana contohnya sate, roti nan, nasi beriani.ais kacang, cendol dan banyak lagi sampai tak larat nak makan...selain itu terdapat jugak beberapa aktiviti contohnya teka berapa ulas durian dan berapa bilangan buah rambutan didalam bakul...

0

PHOTOSTAT SKRIP

Hari ni Kak Nadia meminta saya sekali lagi untuk membuatkan 10 salinan skrip sayang-sayang untuk diberikan kepada artis-artis yang terlibat..



0

PERJUMPAAN BERSAMA PENULIS SKRIP

Hari ini ramai penulis skrip yang datang untuk membawa hasil karya masing-masing..selain itu mereka juga membuat perjumpaan bersama untuk membincangkan pelbagai isu yang timbul seperti penerbit tidak boleh mengubah skrip sesuka  hati tanpa memberitahu kepada penulis..selain itu mereka juga membincangkan harga sesebuah skrip dan masing-masing memberikan e-mail untuk mendapatkan skrip daripada penulis...

0

MEMBACA SKRIP

Selepas Kak Uji berpuas hati dengan skrip baru yang sudah diubahsuai hari ini dia meminta kami berempat untuk membacakan skrip beramai-ramai didalam biliknya..dia meminta agar kami dapat membacakan skrip dengan penuh emosi agar dia dapat melihat bagaimana cerita itu akan dijalankan nanti..

0

EDIT SKRIP

Hari ini Kak Uji meminta kami pelajar practical sekali lagi untuk membuat perubahan pada skrip kalimah dari birai sejadah bersama-sama..bagi Kak Uji perubahan yang di buat tempoh hari masih belum memuaskan..oleh sebab itu, dia meminta kami semua untuk menyumbangkan idea yang bernas bagi menambah baikkan skrip itu..

0

CUTI RAYA

CUTI RAYA.

RABU - RABU
15 - 22/7/2015

0

EDIT SKRIP

Penyelia saya tidak berapa suka sesetengah ayat yang terkandung didalam skrip..oleh itu dia meminta semua yang practical di situ untuk membantunya mengubah beberapa ayat didalam skrip..oleh itu kami pun menyediakan barang-barang yang akan digunakan kemudian masuk kedalam biliknya..saya ditugaskan untuk menaip kedalam komputer manakala 3 orang lagi kawan saya ditugaskan untuk mencatitkan setiap perkataan yang disebutkan oleh penyelia saya..


0

PHOTOSTAT SKRIP

membuat 5 salinan skrip "SAYANG-SAYANG" untuk diberikan kepada WARDROBE, MAKE UP, PEREKA SET, DIRECTOR DAN PHOTOGRAPHER..

0

MEMBUAT EDITTING CERITA "WAU"

Selepas selesainya kerja untuk mesyuarat lafaznya amin..saya bersama 2 orang lagi kawan saya terus membuat penambah baikan edit video cerita WAU..kerja ni lambat siap sebab saya menggunakan kemudahan MAC yang RTM sediakan..jadi kalau nak buat kerja ni kenalah tunggu hari bekerja...

0

MESYUARAT "LAFAZNYA AAMIIN"

Menyertai Encik zul ke mesyuarat "LAFAZNYA AAMIIN" untuk pembentangan cerita mereka samaada mendapat kelulusan pihak atasan atau tidak untuk membuat pengambaran..


0

PRATONTON TELEMOVIE REKAH

menonton pratonton telemovie bertajuk "REKAH" arahan WAN AFZAM..

0

MEMBUAT VIDEO UNTUK PEMBENTANGAN CERITA "LAFAZNYA AAMIIN"

selepas siap saja membuat ringkasan cerita berdasarkan sinopsis lafaznya amiin saya ditugaskan pula untuk membuat video..sepatutnya harus dibuat di dalamslide show..tetapi untuk lebih ringkas dibuat dalam bentuk video..untuk edit video saya menggunakan software media cut pro x untuk lebih memudahkan suntingan dilakukan sebab segala transition sudah tersedia ada cuma kena masukkan saja kedalam video..





0

MEMBUAT RINGKASAN CERITA "LAFAZNYA AAMIIN"

hari ni saya ditugaskan pula untuk membuat ringkasan cerita LAFAZNYA AMIN..Encik Zul memberikan LOGLINE cerita kepada saya dan meminta saya untuk memendekkan lagi sinopsisnya agar mudah difahami...



0

MEMBUAT EDITTING CERITA "KELAS SEBELAH"

Setelah siap membuat suntingan cerita KELAS SEBELAH menjadi pendek...hari ini kami bertiga dikehendaki memasukkan lagu pula ke dalam video supaya video itu tidak terlalu membosankan apabila ada yang menonton nanti..tetapi sebelum kami memasukkan lagu kami haruslah mencari lagu yang bersesuaian untuk cerita kelas sebelah.

0

MEMBUAT EDITTING CERITA "KELAS SEBELAH"

Hari ini saya bersama Syahirah dan Farah Azrini membuat sambungan suntingan cerita kelas sebelah untuk dijadikan promo. video yang telah kami sunting tempoh hari harus diperbaiki kerana durasi video terlalu lama. masa yang dikehendaki ialah 30 saat sahaja.


0

MEMBUAT PEMBETULAN LOCATION BREAKDOWN

Saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk membuat semula location breakdown kerana terdapat beberapa kesalahan pada location breakdown sebelum ini. setelah siap saya membuat pembetulan saya terus mencetak dan memberikannya semula kepada Encik Adi.


0

MENGAGIHKAN LOKASI DAN BABAK

saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk mengagihkan lokasi dan babak dalam skirip KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH.. proses ini dilakukan untuk memudahkan recce tempat pengambaran. setelah saya siap melakukan kerja yang diberi saya terus mencetak dan menghantarkan tugasan tersebut kepada Encik Adi.


0

MENYEDIAKAN GERAK KERJA UNTUK PABM

saya telah ditugaskan untuk membuat jadual PABM yang bakal berlansung tidak lama lagi. selepas itu, saya mencetak jadual yang telah dibuat dan encik zul meminta saya agar membuat salinan untuk diberikan kepada AJK yan terlibat.

0

MEMBUAT EDITTING CERITA "WAU"

membuat semula editting cerita "WAU" mengikut masa yang ditetapkan..dan mempelajari cara menggunakan software MEDIA CUT PRO untuk memudahkan lagi membuat penyuntingan..



0

MEMBACA SKRIP "KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH"


selama 4 hari berada di RTM hari ini baru dapat penyelia...penyelia saya buat telemovie untuk aidiladha and tajuk cerita dia "KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH"...dia berikan saya skrip dan dia pesan supaya saya baca dan kenal pasti siapa watak yang akan berlakon dan apa perwatakan mereka..


0

MEMBUAT SUNTINGAN CERITA "WAU"

membuat editting cerita "WAU" untuk dijadikan promo..


0

MEMBUAT SUNTINGAN VIDEO

membuat editting cerita kelas sebelah untuk dijadikan promo..

 

0

LAPOR DIRI

Hari pertama mendaftarkan diri di RTM sebagai Pelatih...First ditempatkan di Saluran Tv 1..Tapi selepas dirunding ditempatkan di Unit Drama Tv..