0

PHOTOSTAT SKRIP

saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk membuat 5 salinan skrip "KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH" untuk diberikan kepada WARDROBE, PEREKA SET, MAKE UP, DIRECTOR DAN PHOTOGRAPHER..


0

MEMBACA SKRIP

Hari ini Kak Uji meminta kami sekali lagi untuk menolongnya membaca skrip beramai-ramai untuk menganalisis kesalahan tatabahasa di dalam skrip..saya ditugaskan untuk menaip ke dalam komputer manakala rakan-rakan yang lain ditugaskan untuk menganalisa kesalahan tatabahasa dan memberitahu kesalahan kepada saya untuk dibetulkan..


0

MAJLIS KENDURIAN

Hari ni tak payah membazir wang makan di kantin sebab hari ni ada majlis kendurian di IBC..selain dari durian terdapat pelbagai jenis makanan di sana contohnya sate, roti nan, nasi beriani.ais kacang, cendol dan banyak lagi sampai tak larat nak makan...selain itu terdapat jugak beberapa aktiviti contohnya teka berapa ulas durian dan berapa bilangan buah rambutan didalam bakul...

0

PHOTOSTAT SKRIP

Hari ni Kak Nadia meminta saya sekali lagi untuk membuatkan 10 salinan skrip sayang-sayang untuk diberikan kepada artis-artis yang terlibat..



0

PERJUMPAAN BERSAMA PENULIS SKRIP

Hari ini ramai penulis skrip yang datang untuk membawa hasil karya masing-masing..selain itu mereka juga membuat perjumpaan bersama untuk membincangkan pelbagai isu yang timbul seperti penerbit tidak boleh mengubah skrip sesuka  hati tanpa memberitahu kepada penulis..selain itu mereka juga membincangkan harga sesebuah skrip dan masing-masing memberikan e-mail untuk mendapatkan skrip daripada penulis...

0

MEMBACA SKRIP

Selepas Kak Uji berpuas hati dengan skrip baru yang sudah diubahsuai hari ini dia meminta kami berempat untuk membacakan skrip beramai-ramai didalam biliknya..dia meminta agar kami dapat membacakan skrip dengan penuh emosi agar dia dapat melihat bagaimana cerita itu akan dijalankan nanti..

0

EDIT SKRIP

Hari ini Kak Uji meminta kami pelajar practical sekali lagi untuk membuat perubahan pada skrip kalimah dari birai sejadah bersama-sama..bagi Kak Uji perubahan yang di buat tempoh hari masih belum memuaskan..oleh sebab itu, dia meminta kami semua untuk menyumbangkan idea yang bernas bagi menambah baikkan skrip itu..

0

CUTI RAYA

CUTI RAYA.

RABU - RABU
15 - 22/7/2015

0

EDIT SKRIP

Penyelia saya tidak berapa suka sesetengah ayat yang terkandung didalam skrip..oleh itu dia meminta semua yang practical di situ untuk membantunya mengubah beberapa ayat didalam skrip..oleh itu kami pun menyediakan barang-barang yang akan digunakan kemudian masuk kedalam biliknya..saya ditugaskan untuk menaip kedalam komputer manakala 3 orang lagi kawan saya ditugaskan untuk mencatitkan setiap perkataan yang disebutkan oleh penyelia saya..


0

PHOTOSTAT SKRIP

membuat 5 salinan skrip "SAYANG-SAYANG" untuk diberikan kepada WARDROBE, MAKE UP, PEREKA SET, DIRECTOR DAN PHOTOGRAPHER..

0

MEMBUAT EDITTING CERITA "WAU"

Selepas selesainya kerja untuk mesyuarat lafaznya amin..saya bersama 2 orang lagi kawan saya terus membuat penambah baikan edit video cerita WAU..kerja ni lambat siap sebab saya menggunakan kemudahan MAC yang RTM sediakan..jadi kalau nak buat kerja ni kenalah tunggu hari bekerja...

0

MESYUARAT "LAFAZNYA AAMIIN"

Menyertai Encik zul ke mesyuarat "LAFAZNYA AAMIIN" untuk pembentangan cerita mereka samaada mendapat kelulusan pihak atasan atau tidak untuk membuat pengambaran..


0

PRATONTON TELEMOVIE REKAH

menonton pratonton telemovie bertajuk "REKAH" arahan WAN AFZAM..

0

MEMBUAT VIDEO UNTUK PEMBENTANGAN CERITA "LAFAZNYA AAMIIN"

selepas siap saja membuat ringkasan cerita berdasarkan sinopsis lafaznya amiin saya ditugaskan pula untuk membuat video..sepatutnya harus dibuat di dalamslide show..tetapi untuk lebih ringkas dibuat dalam bentuk video..untuk edit video saya menggunakan software media cut pro x untuk lebih memudahkan suntingan dilakukan sebab segala transition sudah tersedia ada cuma kena masukkan saja kedalam video..





0

MEMBUAT RINGKASAN CERITA "LAFAZNYA AAMIIN"

hari ni saya ditugaskan pula untuk membuat ringkasan cerita LAFAZNYA AMIN..Encik Zul memberikan LOGLINE cerita kepada saya dan meminta saya untuk memendekkan lagi sinopsisnya agar mudah difahami...



0

MEMBUAT EDITTING CERITA "KELAS SEBELAH"

Setelah siap membuat suntingan cerita KELAS SEBELAH menjadi pendek...hari ini kami bertiga dikehendaki memasukkan lagu pula ke dalam video supaya video itu tidak terlalu membosankan apabila ada yang menonton nanti..tetapi sebelum kami memasukkan lagu kami haruslah mencari lagu yang bersesuaian untuk cerita kelas sebelah.

0

MEMBUAT EDITTING CERITA "KELAS SEBELAH"

Hari ini saya bersama Syahirah dan Farah Azrini membuat sambungan suntingan cerita kelas sebelah untuk dijadikan promo. video yang telah kami sunting tempoh hari harus diperbaiki kerana durasi video terlalu lama. masa yang dikehendaki ialah 30 saat sahaja.


0

MEMBUAT PEMBETULAN LOCATION BREAKDOWN

Saya dan Farah Azrini ditugaskan untuk membuat semula location breakdown kerana terdapat beberapa kesalahan pada location breakdown sebelum ini. setelah siap saya membuat pembetulan saya terus mencetak dan memberikannya semula kepada Encik Adi.